Site icon Kool FM

Maghribi Singkirkan Belanda Menerusi Penentuan Penalti Untuk Ke Pusingan 16

Maghribi


Maghribi berjaya melangkah ke pusingan 16 Piala Dunia 2026 selepas menundukkan Belanda 3-2 menerusi penentuan sepak aksi pada aksi yang berlangsung di Estadio Monterrey, Mexico sebentar tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas aksi yang berlangsung selama 120 minit terikat 1-1.

Keadaan yang menunjukkan kemenangan manis dilakarkan skuad kendalian Mohamed Ouahbi itu tidak hadir dengan mudah.

Wakil Afrika itu mempamerkan aksi yang cukup baik sepanjang perlawanan apabila dilihat cukup hebat menguasai permainan dan beberapa kali mengancam kubu Belanda.

Namun penjaga gol, Bart Verbruggen mempamerkan aksi cukup cemerlang dalam menghalang gawangnya daripada dibolosi barisan pemain Maghribi.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu menggagalkan tandukan Neil El Aynaoui di atas garisan gol pada minit ke-20 dan seminit kemudian menafikan pula rembatan Achraf Hakimi dari sebelah kanan kawasan penalti.

Belanda mendapat peluang terbaik pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version