Site icon Kool FM

Magma Group Berhad Beli Tanah Daripada Syarikat Datuk Lee Chong Wei RM80 Juta

Magma Group Berhad Beli Tanah Daripada Syarikat Datuk Lee Chong Wei RM80 Juta


Magma Group Bhd dilaporkan membeli tanah pegangan pajak seluas 2.26 ekar di Persiaran Dutamas, Kuala Lumpur milik Skyload Express Sdn Bhd, syarikat 45 peratus milik Datuk Lee Chong Wei dengan harga RM80 juta.

Memetik Berita Harian, tanah yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur itu telah mendapat kelulusan untuk dua menara 34 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan dan ruang komersial.

Baca Juga:

Baki 55 peratus daripada Skyload dimiliki oleh Empire Solaris Sdn Bhd, yang seterusnya 80 peratus dikawal oleh pemegang saham utama dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Magma, Datuk Seri Lee Hock Seng.

Magma akan membayar tanah itu melalui wang tunai RM8 juta dan terbitan 120 juta saham biasa baharu kepada Skyload, bersama-sama dengan 47.71 juta saham keutamaan tidak boleh tukar boleh tebus (RPS).

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version