
PETALING JAYA – Kumpulan hospitaliti, hartanah dan gaya hidup, Magma Group Berhad telah menyempurnakan Tolak Selesai Saham Keutamaan Boleh Tebus Tidak Boleh Tukar (RPS) susulan penyenaraian dan sebut harga 166.418 juta saham biasa baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
Ia susulan kelulusan pemegang saham yang diperoleh pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Magma yang diadakan pada 30 Jun lalu, bagi cadangan tolak selesai harga penebusan berhubung penebusan 47.712 juta RPS tertunggak berjumlah RM47.712 juta.
Tolak Selesai RPS tersebut telah diselesaikan sepenuhnya menerusi penerbitan saham biasa baharu Magma kepada Skyload Express Sdn. Bhd. selaku pemegang RPS, pada harga terbitan RM0.2867 sesaham.
Susulan penyempurnaan pelaksanaan tersebut, modal saham terbitan Magma yang diperbesarkan kini berjumlah RM360.656 juta, merangkumi 1.930 bilion saham biasa.
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Thomas Liang Chee Fong berkata,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: