PETALING JAYA- Pemaju hartanah terkemuka Malaysia, Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan sebagai ‘Best Managed Company Malaysia 2023’ baru-baru ini.
Dilancarkan pada tahun 2021, penganugerahan itu mengiktiraf kecemerlangan syarikat-syarikat swasta dan milik keluarga disenaraikan di Bursa Malaysia dengan pulangan tahunan sekurang-kurangnya AS$50 juta (RM2.26 bilion) bagi kecemerlangan organisasi serta pencapaian mereka.
Pada majlis itu, Pengarah Strategi dan Operasi Mah Sing, Rachel Leong telah menerima anugerah berprestij tersebut daripada Pengarah Urusan Negara Deloitte, Yee Wing Peng.
Pemberian anugerah berkenaan turut disaksikan Ketua Pengurus Syarikat Terbaik Asia Tenggara Deloitte, Michael Tsia.
Sebagai pemaju hartanah tempatan, Mah Sing menzahirkan rasa bangga dengan modal perniagaan ‘fast turnaround’ di mana membolehkan mereka maju dalam projek daripada perolehan tanah, pembangunan, penyelesaian serta penyerahan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: