
PETALING JAYA – Mah Sing Foundation mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang dengan menyumbang lebih daripada 400 lensa intraokular bernilai RM105,000 menyokong pembedahan katarak untuk pesakit B40 di seluruh negara.
Pengerusi yayasan tersebut, Datuk Syed Norulzaman bin Syed Kamarulzaman berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui aspek kesihatan.
“Akses kepada pembedahan katarak bukan sekadar rawatan, tetapi membuka peluang kepada pesakit untuk kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik iaitu termasuk bekerja, menjaga keluarga dan menyumbang kepada masyarakat.
“Ini selaras dengan aspirasi kami untuk membawa perubahan yang bermakna dan berkekalan kepada komuniti yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, yayasan tersebut sebelum ini begitu aktif melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan seperti pemberian cermin mata percuma kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: