Site icon Kool FM

Maharani Freeport bakal tarik pelaburan RM144 bilion, 45,000 peluang pekerjaan


MUAR – Maharani Freeport di sini disasarkan mampu menarik pelaburan global bernilai RM144 bilion, sekaligus menyediakan 45,000 peluang pekerjaan.

Pengerusi Eksekutif Maharani Energy Gateway (MEG), Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahaman berkata, pembangunan itu berpotensi menarik pelaburan dalam sektor perdagangan minyak, perkhidmatan maritim dan industri petrokimia berteknologi tinggi.

“Maharani Freeport bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi sebuah ekosistem perdagangan moden yang mampu menggamit ratusan syarikat bernilai tinggi untuk bertapak di Muar.

“Projek ini dijangka mencipta sekurang-kurangnya 45,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung, sekali gus membuka lembaran baharu kepada anak muda Johor dalam sektor logistik, pembinaan, penyelenggaraan kapal, teknologi tenaga serta perkhidmatan berasaskan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Tanjung Emas di sini semalam.

Yang di-Pertuan Agong…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version