PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad bersama anak syarikat milik penuhnya, MAHB (Mauritius) Private Limited melepaskan keseluruhan 11 peratus pegangannya dalam Lapangan Terbang Antarabangsa GMR Hyderabad Limited (GHIAL), syarikat induk yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad di India kepada Kumpulan GMR pada AS$100 juta (RM478 juta).
Kumpulan MAHB memperoleh 11 peratus kepentingan dalam GHIAL daripada Kumpulan GMR pada tahun 2009 dengan harga AS$10 juta dan sejak pengambilalihan berkenaan, Kumpulan MAHB telah mengekalkan kepentingan minoriti dalam usaha niaga itu.
MAHB dalam satu kenyataan berkata, penjualan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menyelaraskan portfolio pelaburan luar negaranya dan membuka nilai daripada aset bukan terasnya, selaras dengan strategi pertumbuhan perniagaan antarabangsa Kumpulan.
“Hasil daripada pelupusan itu akan dialihkan kepada tujuan korporat am dan perbelanjaan modal dalam aset di mana Kumpulan MAHB memegang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: