
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa sebuah bank tempatan, Maybank, bertanggungjawab atas kecuaian kerana gagal memantau akaun pelanggannya dengan baik.
Hakim Maimoonah Aid telah memerintahkan pihak bank tersebut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM166,000 kepada seorang pelanggan, Chan Yan Li, akibat kerugian yang dialaminya daripada transaksi yang tidak sah pada tahun 2021.
Di samping itu, pihak bank turut diarahkan untuk membayar kos tambahan sebanyak RM15,000.
Kes ini berpunca apabila wang berjumlah RM166,000 telah dipindahkan daripada akaun pinjaman Chan ke akaun simpanannya melalui beberapa siri transaksi di antara bulan Jun dan Julai 2021
Wang tersebut kemudiannya telah dipindahkan secara berperingkat kepada individu-individu yang tidak dikenali. Chan, yang telah menjadi pelanggan Maybank sejak tahun 2000.
Dakwanya beliau tidak menerima sebarang amaran melalui SMS mahupun notifikasi aplikasi (push notifications) berhubung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
