Isu gaji Mbappe terus hangat dibincangkan. Terbaru, Mahkamah Perancis telah membatalkan perintah sitaan sementara sebanyak €55 juta yang dituntut oleh Kylian Mbappe terhadap Paris Saint-Germain (PSG) berkaitan dengan tuntutan gaji Mbappe dan bonus yang tidak dibayar.
Keputusan ini diumumkan oleh Mahkamah Eksekusi Paris pada 26 Mei 2025, selepas PSG berhujah bahawa Mbappe gagal membuktikan kewujudan hutang yang jelas dan ancaman terhadap pemulihan dana tersebut .
Gaji Mbappe tertunggak
Pertikaian ini bermula apabila Mbappe, yang kini bermain untuk Real Madrid, menuntut pembayaran sebanyak €55 juta daripada PSG. Jumlah ini merangkumi tiga bulan gaji (April hingga Jun 2024), bonus etika, dan sebahagian daripada bonus penandatanganan yang sepatutnya dibayar pada Februari 2024.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: