Site icon Kool FM

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Kerajaan Kedah Berhubung Lesen Perjudian

‘Semoga Suatu Hari Nanti Wujud Ruang Komunikasi & Setiap Ibu Bapa Didengari Tanpa Mengira Siapa Mereka’ – Rita Rudaini


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu pengeluaran dan pembaharuan lesen perjudian.

Sebelum ini kerajaan Kedah cuba hentikan pengeluaran atau pembaharuan lesen perjudian di negeri itu, tetapi mahkamah memutuskan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Ini kerana isu lesen perjudian berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri.

Jadi apabila Kerajaan Kedah mengarahkan supaya lesen perjudian tidak dikeluarkan atau diperbaharui, mahkamah memutuskan arahan itu “ultra vires” — maksudnya, ia melebihi atau di luar kuasa undang-undang yang diberikan kepada kerajaan negeri.

Pada 12 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menerusi keputusan majoriti 2-1 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang mendapati arahan kerajaan negeri berhubung perkara itu adalah tidak berperlembagaan.

Dipetik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version