
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Marissa Dania Hakim, 21, dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid bukan lagi suami isteri.
Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis, dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk membabitkan pasangan berkenaan, petik Berita Harian.
Menurut Peguam Syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, mahkamah menetapkan bahawa tiada lagi hubungan suami isteri antara kedua-dua pihak susulan keputusan berhubung terjatuhnya talak tersebut.
“Hari ini mahkamah membuat keputusan berhubung terjatuhnya talak. Mahkamah mempunyai beberapa terma keputusan, tetapi secara ringkasnya pihak-pihak bukan lagi suami isteri.
“Buat masa ini, tiada lagi hubungan suami isteri antara Aslam dan Marissa. Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah selepas selesai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
