Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Razak Untuk Jalani Tahanan Rumah

today22 December 2025

Background
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Najib Razak Untuk Jalani Tahanan Rumah


Setelah sekian lama menjadi debaran buat orang ramai, akhirnyaMahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dibenarkan untuk menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alice Loke Yee Ching selepas beliau mengambil masa hampir sejam untuk membacakan alasan penghakiman dan meneliti semua hujah yang diberikan.

Memetik sumber dari Harian Metro, dengan keputusan ini, bekas Perdana Menteri itu akan terus kekal berada di Penjara Kajang sehingga seluruh tempoh hukumannya tamat.

Sebelum ini, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun serta denda RM50 juta kerana didapati bersalah menyeleweng wang berjumlah RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Sebarang informasi terbaharu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post