Peguam yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azmam Abu Hassan tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular melibatkan tindakan undang-undang yang dikatakan difailkan oleh Fattah Amin terhadap bekas isterinya.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Raya Sebelah Fattah Amin, Teruja Nak Jumpa Keluarga Besar – ‘Segalanya Dibincang Dengan Baik, Tiada Perbalahan’
Hak lawatan anak

Memetik Kosmo, Fakhrul memberitahu, berdasarkan semakan yang dilakukan, Fattah telah memfailkan satu permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte‘ menerusi prosiding komital pada awal Februari lalu.
Permohonan yang difailkan berkait dakwaan pelanggaran perintah mahkamah berhubung hak lawatan anak.
Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.
Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: