Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahu Bayar Hutang ‘Ah Long’, Dua Lelaki Bakar Kereta Sendiri Untuk Tuntut Insurans RM250,000

today22 September 2021

Background


Bakar rumah, kilang atau kereta sendiri demi dapatkan wang hasil daripada perlindungan insurans adalah salah satu taktik yang digunakan segelintir individu bagi mendapatkan wang mudah dalam kadar yang segera.

Baru-baru ini dua lelaki diberkas polis setelah tindakan mereka membakar tiga buah kereta milik keduanya untuk membuat tuntutan palsu insurans bernilai RM250,000.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kedua-dua lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana mahu menjelaskan hutang ah long.

Sumber Gambar: Sinar Harian

“Laporan polis yang diterima meragukan dan polis menahan dua suspek yang masing-masing bekerja sebagai kontraktor dan jurujual pada keesokannya di sekitar Bandar Melaka.

“Polis turut merampas dua unit telefon bimbit,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Sungai Udang, lapor Sinar Harian.

Tambah Datuk Abdul Majid lagi, kedua-dua suspek mendakwa mereka berdepan masalah kewangan dan melakukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Nasional

Ringgit kembali dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengurangkan pembelian bonnya dan jangkaan yang tinggi kemungkiran hutang oleh penggiat hartanah terbesar China, kata seorang penganalisis.

today22 September 2021