Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Mahu Beri Peluang Rasai Festival’ – Seorang Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Pergi KEPCI Music Fest

today29 August 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada awal minggu ini tular isu ketidakpuashatian orang ramai terhadap insiden pelajar-pelajar tahfiz dibawa masuk ke acara konsert KEPCI Music Fest.

Sehubungan dengan itu, seorang individu tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert tersebut di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Memetik Harian Metro, Andrie Ung Han Xiang yang mengakui dia adalah individu membawa pelajar terbabit ke festival itu berkata, pihak penganjur termasuk kerajaan tidak terbabit dengan kehadiran mereka.

Menurutnya, dia bersama rakan berjaya mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival itu.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post