Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahu Jadikan Tanjung Malim Bandar Automobil Terbesar, Geely Tunjuk Komitmen Untuk Melabur RM45 Bilion

today19 July 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pengeluar kereta China, Geely akan melabur USD10 bilion (RM45 bilion) untuk menjadikan Tanjung Malim di Perak, sebagai bandar automobil terbesar di rantau ini.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspirasi yang disampaikan syarikat itu menerusi surat kepada beliau malam tadi, akan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, petik satu laporan daripada Bernama.

“Saya menyebut perkara ini buat kali pertama. Geely, yang bersama-sama mengeluarkan kereta dengan Proton, telah menulis surat 10 muka surat untuk memaklumkan saya bahawa ia mahu terus menjadikan Tanjung Malim sebagai bandar automobil terbesar di rantau ini.

“Ia akan bermula dengan pelaburan USD10 bilion (RM45 bilion),” katanya dalam ucapan pada program Sentuhan Agro Madani peringkat negeri Selangor baru-baru ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Padah godam FB isteri

Taipei: Padah menggodam akaun Facebook (FB) isterinya, lelaki Taiwan dipenjarakan tiga bulan kerana melanggar privasi wanita itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 July 2023