Site icon Kool FM

Mahu Pikat Wanita Dengan Penampilan Lelaki Kurus Antara Sebab Iqbal Terdesak Nak Potong Perut Segera


Iqbal Zulkefli kini sedang mencari mereka yang pandai potong perut untuk membolehkannya mendapatkan badan yang kurus.

Potong perut yang dimaksudkan Iqbal itu adalah pembedahan bariatrik untuk mengatasi masalah obesiti.

Artikel Berkaitan:

Iqbal mahu kurus segera demi kesihatan dan pada masa yang sama mendengar di luar sana, wanita lebih suka dengan lelaki kurus.

Iqbal nekad untuk membayar berapa sahaja kos yang diperlukan untuk melakukan prosedur itu.

Menerusi Insta Story dia menulis: “Saya mencari orang yang boleh potong perut saya dengan segera. Saya mahu kurus dengan segera dan tujuannya demi kesihatan lebih baik.”

“Saya terbaca komen wanita di luar sana lebih suka lelaki kurus.”

“Saya akan usahakannya seberapa banyak kos pun saya sanggup. Kebetulan saya ada masa terluang minggu hadapan. Secepat mungkin.”

“Ini serius. Siapa boleh potong perut tolong hubungi saya segera.”

Usahawan muda Iqbal Zulkefli sebelum ini mendedahkan bahawa dia tak boleh ‘hidup’ jika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version