Menurut beliau, sepanjang tahun ini hingga semalam, dua kes kecederaan akibat bermain mercun dilapor membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.
Sebelum ini seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Kedah telah mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.
Manakala di Kelantan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.
“Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” katanya.
Tambah beliau lagi, bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan parah seperti melecur, putus jari, buta dan kecacatan kekal.
Malah, bunyi letupannya boleh mengganggu ketenteraman awam terutama bayi, warga emas serta pesakit.
“Selain kecederaan, letupan mercun juga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: