Site icon Kool FM

Majikan Swasta Disaran Beri Cuti Tambahan Aidilfitri

Majikan Swasta Disaran Beri Cuti Tambahan Aidilfitri


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) baru-baru ini menyeru agar para majikan di sektor swasta mempertimbangkan pemberian kelonggaran cuti tambahan sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Saranan ini dibuat bagi menyokong pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung pelaksanaan cuti tambahan untuk rakyat.

Berdasarkan pengumuman tersebut, sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (20 Mac), kerajaan akan mengisytiharkan hari Isnin (23 Mac) sebagai cuti umum tambahan. Sebaliknya, jika hari raya disambut pada hari Sabtu, cuti tambahan akan diberikan pada hari Jumaat (20 Mac).

Peruntukan Undang-Undang dan Hak Pekerja

Dari sudut perundangan, pengisytiharan cuti tambahan ini adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Cuti yang diisytiharkan ini secara rasminya terpakai sebagai hari kelepasan am kepada para pekerja di sektor swasta, tertakluk di bawah Seksyen 60D Akta Kerja…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version