Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Arah Semua Premis Perniagaan Tutup Selama 2 Jam Setiap Jumaat

today9 January 2024

Background
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Arah Semua Premis Perniagaan Tutup Selama 2 Jam Setiap Jumaat


Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif menyatakan semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah menutup operasi selama 2 jam pada setiap Jumaat.

Penutupan operasi semua premis perniagaan bermula jam 12.30 tengah hari dan jam 2.30 petang setiap Jumaat, berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, lapor Berita Harian.

Difahamkan arahan penutupan operasi itu bukan sahaja membabitkan pasar raya, sebaliknya semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan.

“Pemilik pasar raya dan semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan diminta memberi kerjasama memastikan aktiviti tidak beroperasi dalam tempoh itu,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, arahan tersebut bukan isu terbaru, sebaliknya kerajaan negeri pernah mengeluarkan arahan sama waktu solat Jumaat pada 2014 lalu.

Semua pemilik premis perniagaan dan pasar raya serta kedai menjual pakaian akur dengan arahan itu apabila tidak menjalankan aktiviti perniagaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post