Site icon Kool FM

Majoriti setuju THR bantu kurangkan perokok


PETALING JAYA – Majoriti rakyat Malaysia (80 peratus) percaya penggunaan strategi pengurangan kemudaratan tembakau (THR) di negara ini akan membantu perokok berhenti merokok kerana mereka mempunyai pilihan untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan.

Ini berdasarkan tinjauan pendapat Clearing the Smoke: An Insight on Tobacco Harm Reduction yang dijalankan oleh Datametrics Research & Information Centre (Dare) yang berpangkalan di Malaysia baru-baru ini menerusi firma kajian pasaran, Green Zebras.

Kaji selidik tersebut mendapati lebih separuh dari responden (58 peratus) menyedari terdapat kajian yang membuktikan produk THR adalah kurang mudarat berbanding rokok tradisional.

Mengambil kira semua produk THR yang terdapat di pasaran, majoriti responden (51 peratus) berpandangan vape merupakan cara paling praktikal untuk berhenti merokok.

Pengarah Urusan Dare, Pankaj Kumar berkata, hasil tinjauan berkenaan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai persepsi rakyat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version