Site icon Kool FM

Maju Healthcare bangunkan DTC pertama di Langkawi


PETALING JAYA – Pusat sari­ngan dan ujian pandu lalu (DTC) yang dibangunkan Maju Healthcare di Langkawi adalah yang pertama disediakan di pulau pe­ranginan tersebut.

Pusat yang lengkap dengan makmal Covid-19 itu berkemampuan melakukan ujian berskala besar sehingga 5,000 ujian setiap hari.

Ia juga mampu mengeluarkan keputusan ujian RT-PCR terpantas dengan keputusan boleh didapati dalam lingkungan satu jam serta rangkaian perkhidmatan yang luas termasuk ujian Antigen RTK (swab/air liur) dan ujian antibodi yang pantas.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Maju, Mohd. Faiq Abu Sahid berkata, DTC bakal membantu melicinkan lagi program Mysafe Langkawi bagi mewujudkan gelembung perjalanan yang selamat di Langkawi dengan prosedur dan operasi pengurusan wabak tersebut dengan mantap.

“Perkhidmatan menyeluruh yang ditawarkan di DTC iaitu dari penyaringan hingga pengujian berserta kemampuan makmal akan menjadi pusat sehenti untuk komuniti di Pulau Langkawi.

“Kami berbangga dapat me­nerajui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version