Site icon Kool FM

Mak Cik Ini Tenang Jadi Penumpang Kereta Drift


Drift kereta adalah satu sukan kereta ekstrim dimana pemandunya memandu sengaja melakukan oversteer dengan teknik tertentu. Malah, banyak pertandingan drift telah dianjurkan di dalam negara dan juga luar negara.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @hariezzhr_ berkongsi sebuah video memaparkan aksi drift tetapi apa yang menjadi perhatian adalah seorang mak cik duduk di dalam kereta sebagai penumpang.

@hariezzhr_

Queen

♬ original sound – Hariez – Hariez

Menerusi video terbabit, dapat dilihat mak cik yang keluar daripada kereta selepas tamat aksi drift kelihatan ‘steady’ dan mampu tersenyum disambut dengan tepukan gemuruh mereka yang berada di sana.

Oleh itu, video tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa kagum melihat mak cik itu yang tidak kelihatan gentar walaupun menjadi penumpang.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version