ALOR SETAR – Siapa sangka hanya kerana niat ‘suka-suka’ berniaga dalam dunia bakeri yang menjadi kegemaran sejak di bangku sekolah lagi, telah membolehkan seorang anak muda memiliki perniagaannya sendiri.
Pengasas Mak Umi Kitchen. Co, Mohamad Arif Zainol, 25, berkata, langkah kanannya dalam dunia perniagaan itu bermula selepas berjaya menghasilkan kek yang dibuat atas dasar mencuba sahaja dan diberikan kepada rakan sekerjanya.
Maklum balas positif yang diterimanya membuatkan hatinya membuak-buak untuk mencuba lagi membuat kek mengikut tempahan yang diterima daripada rakan sekerjanya.
Ketika itu, beliau sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat automotif di sini tahun lalu dan bermula daripada titik itu, anak muda ini meneruskan perniagaan separuh masanya dengan menghasilkan kek untuk dijual di pejabat.
Bila tibanya bulan Ramadan tahun lalu dengan berbekalkan modal daripada simpanan sendiri sebanyak RM5,000, Mohamad Arif tidak menoleh ke belakang lagi lantas terus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
