
Pulau Pinang kini melangkah setapak lagi dalam memperkukuh namanya di persada pelancongan antarabangsa dengan melancarkan pakej pelancongan berasaskan durian yang pertama, direka khusus untuk pasaran pelancong Hong Kong.
Inisiatif ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman percutian yang unik, malah ia mengangkat buah durian yang ikonik sebagai identiti tarikan utama negeri tersebut.
Mengapa pelancong Hong Kong yang menjadi sasaran utama? Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai menjelaskan bahawa Hong Kong kekal sebagai pasaran pelancong antarabangsa utama bagi Pulau Pinang lapor Astro Awani.

Pelawat dari wilayah berkenaan sangat menggemari percutian yang menawarkan pengalaman gastronomi yang kaya, keindahan warisan budaya, serta aktiviti pelancongan yang bersifat imersif (mendalam).
Bagi merealisasikan idea ini, satu kerjasama strategik telah dijalankan melibatkan Tourism Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: