Site icon Kool FM

Makan Kitchen ‘bawa’ juadah tujuh negeri ke seluruh negara


PETALING JAYA – Tidak perlu mengembara jauh untuk menikmati hidangan ikonik dari negeri lain apabila tujuh restoran Makan Kitchen di bawah DoubleTree by Hilton Malaysia menganjurkan kempen Flavours of Malaysia dari 1 Ogos hingga 30 September ini.

Kempen berkenaan membolehkan pengunjung menikmati cita rasa Pulau Pinang di Johor Bahru, tradisi masakan Negeri Sembilan di Putrajaya serta hidangan berinspirasikan Sarawak di Shah Alam.

Lebih menarik, setiap restoran yang mengambil bahagian akan mengetengahkan masakan dari negeri berbeza menerusi menu yang diinspirasikan daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Sarawak.

Kempen berkenaan bukan sekadar mengetengahkan hidangan tradisional, sebaliknya turut mengangkat kisah, tradisi, bahan tempatan serta resipi keluarga yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Antara hidangan yang boleh dinikmati termasuk Imperial Lotus Braised Duck Encased in Clay dari Kuala Lumpur, Penang Char Kway…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version