Site icon Kool FM

Makcik Bawang ‘Serang’ Maryam Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Ernie Zakri Datang ‘Back Up’ – ‘Dia Kan Korea Mana Boleh Dipaksa Adat Kita’


Isu & Kontroversi

Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae dari DurianKimchi tidak asing lagi di platform media sosial. Pada 21 Oktober lalu, Ryzal dan Maryam bergelar ibu bapa selepas dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina.

Artikel Berkaitan: Cara Berpantang Jadi Isu ‘Makcik Bawang’, Ryzal Mohon Hormati Maryam – ‘Dia Tukar Agama Bukan Budaya’

Baru-baru ini, Ryzal memohon kepada segelintir individu agar tidak memaksa Maryam menerima budaya yang bukan miliknya. Tegasnya, Maryam hanya mengubah agama bukan mengubah budaya.

Tetapi nampak gayanya peringatan Ryzal tidak menjadi apabila Maryam ‘diserang’ makcik bawang gara-gara keluar bersiar di luar rumah sewaktu tempoh berpantang.

Menerusi akaun Facebook, Ryzal ada memuat naik foto bersama Maryam dengan pakaian riadah beserta kapsyen; ‘Hari ini target tak jauh, kita cuba dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi.’

Foto tersebut telah mengundang makcik bawang untuk meninggalkan komen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version