KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 penduduk sekitar Kampung Baru di sini, dapat menikmati bubur lambuk percuma yang diedarkan oleh Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) dan Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dalam program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Masjid Kampung Baru baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, berkata tujuan penganjuran program itu adalah untuk memberi peluang kepada Kumpulan menyumbang kembali kepada komuniti khususnya dalam bulan yang mulia ini.
Menurut beliau, seperti tahun sebelumnya, Malakoff aktif menganjurkan program seumpama itu melalui aset di bawah syarikat miliknya di Johor, Perak dan Pulau Pinang seperti menyumbang kelengkapan persekolahan dan makanan, juga menyerahkan sumbangan kepada masjid dan kumpulan masyarakat lain yang memerlukan.
“Ini program bubur lambuk pertama kali diadakan di Kuala Lumpur, ramai orang kata, masyarakat di Kuala Lumpur semuanya hidup senang tetapi ramai penduduk di pusat ibu kota…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: