PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mengumumkan konsortiumnya bersama Solarvest Holdings Berhad (SHB) telah menerima Surat Pemberitahuan daripada Suruhanjaya Tenaga (EC) yang menyatakan pihaknya telah disenarai pendek untuk membangunkan projek solar berskala besar berkapasiti 470 megawatt (MW) di Windsor Estate milik Kumpulan di Mukim Kamunting dan Mukim Batu Kurau, Perak.
Penganugerahan itu hasil daripada proses bidaan kompetitif LSS PETRA 5+ yang dijalankan oleh EC.
Sehubungan itu, Malakoff dan SHB akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Solar dengan Tenaga Nasional Berhad, membolehkan loji itu menjana dan membekalkan tenaga solar kepada grid nasional selama 21 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Syahrunizam Samsudin berkata, penganugerahan itu membuktikan keyakinan yang diberikan kepada Malakoff untuk melaksanakan projek yang mampu memberi impak besar kepada masa depan tenaga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: