PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) mengumumkan pembentukan syarikat kerjasama (JVCo), Malakoff – Gas Malaysia Cogen O&M Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) bagi kilang cogeneration di Malaysia.
Malakoff merupakan penyedia perkhidmatan tenaga, air dan alam sekitar multi nasional dengan memfokuskan kepada penjanaan tenaga, nyahgaram air, O&M dan alam sekitar.
Sementara Gas Malaysia dilesenkan di bawah Akta Bekalan Gas 1993 beroperasi dengan tujuan untuk membekalkan dan menjual gas asli serta gas petroleum cecair kepada pengguna industri, komersial dan kediaman, selain membangun, mengendalikan dan menyelenggara Sistem Pengedaran Gas Asli (NGDS) di Semenanjung.
Melalui usaha sama berkenaan, anak syarikat Malakoff, Malakoff Technical Solutions Sdn. Bhd. (MTS) akan memegang 51 peratus kepentingan ekuiti, manakala baki 49 peratus dimiliki oleh anak syarikat Gas Malaysia iaitu Gas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: