Site icon Kool FM

Malakoff kembali rekod keuntungan, PATMI RM62.2 juta


PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATMI) sebanyak RM62.2 juta bagi suku tahun pertama 2024 (Q1 2024), berbanding Kerugian Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti RM75.7 juta yang dilaporkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Lonjakan keuntungan terutamanya disebabkan oleh sumbangan lebih baik daripada loji janakuasa Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd. (TBE), memandangkan kos arang batu purata wajaran rendah berikutan penstabilan harga arang batu global, ditambah dengan kos kewangan lebih rendah.

Di samping itu, peningkatan dibantu ketiadaan kerugian dari Loji Kuasa Air Bebas Al-Hidd (IWPP), iaitu rakan sekutu asing 40 peratus di Bahrain, serta kekurangan kerugian rosot nilai ke atas pelaburan Kumpulan dalam Al-Hidd IWPP.

Bagi tonggak Malakoff Environmental Solutions, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mencatatkan PATMI sebanyak RM21.8 juta, iaitu peningkatan sebanyak 3.3…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version