Site icon Kool FM

Malakoff perkenal pakaian seragam baharu


KUALA LUMPUR – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memperkenalkan pakaian seragam baharu yang lebih selari dengan identiti jenamanya pada Majlis Pelancaran Malakoff Brand Experience 2024 di Akademi Kecemerlangan Malakoff di sini, hari ini.

Acara berkenaan, yang diadakan setahun selepas pelancaran identiti jenama baharu Malakoff pada Jun tahun lalu mengumpulkan semua anak syarikatnya, termasuk Alam Flora dan Alam Flora Enviroment Solutions (AFES) bagi mengukuhkan mesej kesatuan jenama serta penjajaran dalaman di seluruh organisasi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, kejayaan penjenamaan semula sebelum ini merupakan satu kenyataan kepada dunia bahawa Malakoff lebih daripada sekadar pengeluar tenaga bebas terbesar di Malaysia.

“Kami teguh dengan komitmen untuk masa depan yang lebih hijau, sambil memastikan keselamatan tenaga negara kekal kukuh.

“Setiap anak syarikat memainkan peranan penting dalam perjalanan ini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version