SHAH ALAM – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menerusi subsidiarinya, Malakoff Radiance Sdn. Bhd. menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) bersama Kumpulan Syarikat DRB-HICOM dalam usaha mempercepatkan inisiatif transisi tenaganya.
Perjanjian bertempoh 25 tahun itu melibatkan pelaburan berjumlah RM50 juta daripada Malakoff bagi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan sistem solar fotovoltaik di 14 lokasi Kumpulan Syarikat DRB-HICOM di Selangor, Perak, Kedah, Melaka dan Pahang.
Ia melibatkan jumlah kapasiti 20.78 MWp (megawatt peak) serta penjanaan tenaga elektrik keseluruhan berjumlah 26,546.45 megawatt jam setahun.
Jumlah tersebut dianggarkan mampu menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 20,706 tan setahun, yang bersamaan dengan penyerapan karbon oleh kawasan hutan seluas 23,204.56 ekar (9,390 hektar).
Syarikat terlibat dalam kerjasama terbabit ialah Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) Sdn. Bhd., PMB Properties Sdn. Bhd., ISUZU…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
