
PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mengambil peranan utama dalam menghidupkan semula industri penjana kuasa bebas negara, susulan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 Persatuan Nasional Penjanakuasa Bebas Malaysia (Penjanabebas) di Pusat Latihan Alam Flora, Kuala Lumpur hari ini.
AGM tersebut menamatkan tempoh tidak aktif operasi Penjanabebas antara tahun 2023 dan 2025, sekali gus menyempurnakan proses penetapan semula berkanun yang mematuhi sepenuhnya Akta Pertubuhan 1996.
Ia turut meluluskan pindaan perlembagaan yang komprehensif bagi memodenkan kerangka tadbir urus Penjanabebas serta menyelaraskan matlamatnya dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Syahrunizam Samsudin dipilih sebagai Presiden Penjanabebas bagi penggal 2026/2027 atas kapasiti mewakili Tanjung Bin Power Sdn. Bhd., dibantu Mohd. Hedzir Hanafi dari Ranhill Utilities sebagai Timbalan Presiden.
Menurut Syahrunizam, di bawah mandat baharu,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: