
Urusan pentadbiran dan kerenah birokrasi kerajaan sering kali memeningkan kepala, terutamanya bagi mereka yang tidak biasa dengan proses mengisi borang rasmi atau tidak pasti dokumen apa yang perlu disediakan.
Namun, di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta, beban ini diringankan oleh seorang warga emas yang cukup istimewa. Beliau menawarkan perkhidmatan sebagai “penulis borang” dengan mengenakan caj serendah RM5 hingga RM10, bergantung kepada jenis borang yang perlu diisi.
Kehadirannya mendapat perhatian ramai apabila kisahnya tular di aplikasi Threads, menunjukkan pak cik tersebut duduk di sebuah meja kecil bersama borang-borang di hadapannya.
Pada alat bantu berjalannya (walker), tergantung sebuah papan tanda yang tertulis “Filling Forms | Penulis Borang”. Walaupun hanya melakukan tugas yang nampak ringkas, penampilannya amat kemas, lengkap dengan kasut yang berkilat.

Keistimewaan pak cik ini bukan sekadar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: