
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan jaminan stok ubat-ubatan di negara ini masih stabil dan terkawal.
Menerusi kenyataan rasmi, penilaian semasa KKM mendapati kesan konflik yang berlaku di Timur Tengah untuk jangka masa pendek adalah minimum.
Baca Juga:
“Paras stok ubat fasiliti KKM disimpan antara 1 hingga 3 bulan berdasarkan keperluan penggunaan dan disokong oleh stok penimbal tambahan sehingga 2 bulan di peringkat syarikat konsesi bagi ubat-ubatan yang dibekalkan melalui konsesi logistik.
“Secara keseluruhannya, pemantauan bekalan ubat dalam negara juga dilaksanakan secara berterusan melalui mekanisme sedia ada, termasuk sistem pelaporan gangguan bekalan oleh Pemegang Pendaftaran Produk (PRH) yang dikendalikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Sehingga 22 Mac 2026, tiada peningkatan trend dalam pelaporan PRH melibatkan gangguan bekalan ubat-ubatan dikesan,” kata KKM.
Salam Syawal 🇲🇾 MADANI ❤️
STATUS…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: