Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia Airlines perkukuh komitmen pertumbuhan di China

today31 October 2025

Background


PETALING JAYA – Malaysia Airlines memperkukuhkan komitmennya terhadap pasaran China melalui beberapa siri acara perdagangan strategik dan pemeteraian kerjasama utama bulan ini.

Ia mengetengahkan usaha berterusan syarikat penerbangan itu untuk memperkukuh ketersambungan, kerjasama dan perkhidmatan untuk pelancong masuk dan keluar, sambil mengembangkan rangkaian dan kehadirannya di seluruh rantau ini.

Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan dari Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran berkata, China kekal sebagai tonggak strategi antarabangsa MAG dan perkongsian yang dibentuk mencerminkan komitmen jangka panjang terhadap pasaran.

“Pada separuh pertama tahun 2025, kami membawa hampir 250,000 penumpang dari China dengan faktor muatan melebihi 80 peratus, menggariskan permintaan kukuh untuk perkhidmatan premium kami.

“Bermula November ini, kami akan meningkatkan penerbangan ke Xiamen kepada empat kali seminggu dan menyambung semula perkhidmatan harian ke…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post