Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia Airlines sambung penerbangan ke Chengdu

today10 January 2026

Background


PETALING JAYA – Malaysia Airlines mengumumkan penyambungan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu, mengukuhkan komitmen jangka panjangnya terhadap pasaran Greater China sambil menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Laluan tersebut mendapat sambutan baik pasaran dengan penerbangan sulung MH526 dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Tianfu (TFU) pada 9 Januari 2026, mencapai faktor muatan mengagumkan sebanyak 91 peratus pada penerbangan keluar.

Menurut Malaysia Aviation Group (MAG) dalam satu kenyataan, dengan penambahan Chengdu, Malaysia Airlines kini menawarkan perkhidmatan ke tujuh destinasi di seluruh Greater China, mencerminkan keyakinan berterusan dalam pasaran.

“Beroperasi sehingga tujuh kali seminggu, laluan ini dijangka menyokong permintaan perjalanan dua hala yang semakin meningkat dan mengukuhkan hubungan perniagaan serta percutian, menawarkan penumpang sambungan yang lancar melalui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post