Site icon Kool FM

Malaysia Airlines tambah dua destinasi baharu di China


PETALING JAYA – Malaysia Airlines terus memperkukuh rangkaian penerbangannya ke China menerusi pelancaran dua laluan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan Changsha bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perjalanan antara kedua-dua negara.

Syarikat penerbangan nasional itu kini beroperasi ke sembilan pintu masuk di negara berkenaan termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Xiamen, Hong Kong, Taipei, Chengdu.

Penerbangan sulung ke Shenzhen bermula pada 1 Julai lalu menerusi penerbangan MH522 yang berlepas dari Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala laluan ke Changsha dilancarkan pada 8 Julai menerusi penerbangan MH520.

Kedua-dua laluan dikendalikan sehingga tujuh kali seminggu menggunakan pesawat Boeing 737-8.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Bryan Foong berkata, pelancaran laluan ke Shenzhen dan Changsha merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha syarikat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version