
Malaysia bakal melaksanakan rombakan besar-besaran terhadap skim visa ekspatriat bermula Jun ini dengan menggandakan ambang gaji minimum bagi pekerja asing mahir.
Langkah ini merupakan semakan pertama yang signifikan dalam tempoh hampir sedekad sejak kali terakhir ia dikemas kini pada September 2017, petik Asia Nikkei.
Baca Juga:
Keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan ini merangkumi semua sektor ekonomi, sebagai langkah proaktif kerajaan untuk menjamin lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada penduduk tempatan di tengah-tengah kerancakan pelaburan asing ke dalam negara.
Menerusi semakan yang diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri, syarat gaji bagi Pas Penggajian (EP) Kategori I bagi jawatan pengurusan tertinggi akan dinaikkan kepada RM20,000 sebulan, berbanding RM10,000 sebelum ini.
Bagi jawatan tahap pertengahan Kategori II, had gaji minimum akan meningkat daripada RM5,000 kepada RM10,000, manakala bagi Kategori III…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: