Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Akhiri Kempen Dengan Kekalahan 1-3 Di Tangan Vietnam

today31 March 2026

Background
Malaysia


Malaysia menamatkan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan nota kekalahan selepas tewas 1-3 kepada Vietnam pada aksi yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh sebentar tadi.

Skuad kendalian Peter Cklamovski itu memulakan aksi dengan cukup meyakinkan apabila mendapat peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan seawal minit kedua.

Namun, percubaan ‘placing’ Dion Cools dari luar kawasan penalti tuan rumah sedikit tersasar di sebelah kiri gawang Vietnam meskipun penjaga gol,  Nguyen Filip sudah tertewas.

Penyokong Vietnam melonjak kegembiraan berselang empat minit kemudian selepas ketua pasukan, Do Duy Manh menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru diambil Truong Tien Anh.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia memperkemaskan aksi dan mengancam kubu Vietnam menerusi Faisal Halim pada minit ke-10. Namun, percubaan Faisal setelah menerima hantaran lolos Paulo Josue hanya meniti dihadapan pintu gol Vietnam.

Percubaan leret dari luar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post