Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia antara negara terbesar pacu industri pelancongan Indonesia sejak rupiah menyusut

today10 September 2026

Background


PETALING JAYA – Malaysia kini menjadi antara negara utama yang menjadi sumber pelancong antarabangsa terbesar ke Indonesia ekoran penyusutan nilai matawang rupiah sejak akhir tahun 2024.

Trend penyusutan tersebut yang berterusan sehingga kini telah membolehkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Indonesia, apatah lagi promosi sedia ada di platform media sosial dengan cara tersendirinya menjadikan ia sebagai sebuah destinasi pilihan pelancongan bukan sahaja di rantau Asia Tenggara tetapi juga dari seluruh dunia.

Faktor kebudayaan, upacara keagamaan, keramahan penduduk, kecantikan panorama, kepulauan yang cantik, segmen makanan dan minuman yang sedap malah pakej pelancongannya yang murah membuatkan Indonesia kini menjadi tumpuan dunia.

Bersesuaian untuk semua misi pelancongan bersama keluarga, berbulan madu, pertemuan semula rakan sekolah atau kolej dan juga percutian solo, Indonesia menawarkan pengalaman unik dan menarik buat mereka termasuk juga yang berbajet…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post