PETALING JAYA – Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia melonjak kepada 5.1 peratus pada 2024 (2023: 3.6 peratus), melebihi unjuran awal kerajaan sebanyak empat hingga lima peratus yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Kerajaan Madani turut mengatasi sasaran defisit fiskal bagi tahun 2024 pada 4.1 peratus (2023: lima peratus), berbanding sasaran 4.3 peratus.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan ini dicapai melalui usaha bersepadu Kerajaan Madani dan industri.
“Menjelang tahun 2025, Kerajaan Madani kekal komited sepenuhnya bagi memperkukuh agenda pembaharuan ekonomi dan institusi untuk melonjakkan negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.
Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2024 didorong oleh prestasi memberangsangkan dalam penggunaan swasta yang meningkat sebanyak 5.1 peratus (2023: 4.7 peratus), manakala pelaburan meningkat sebanyak 12 peratus (2023: 5.5…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
