
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan kenyataan terkini berhubung Ribut Tropika SENYAR yang dikesan di perairan Selat Melaka.
Ribut itu dijangka akan menuju ke Malaysia yang ketika ini dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur. Ia dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50km/j.
“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November ini.
Menurut MET Malaysia, walaupun negara berada di luar kawasan laluan ribut tropika, namun Malaysia pernah dilanda ribut tropika secara langsung sebanyak dua kali sebelum ini.
Pertama pada 26 Disember 1996 (Ribut Tropika Greg) di barat Sabah dan 26 Disember 2001 (Ribut Tropika Vamei) yang berlaku di selatan Semenanjung.
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan nasihat sistem cuaca yang dikemaskini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
