Malaysia mendapat tonik berguna dalam aksi kedua saingan Piala ASEAN Bawah 23 Tahun (B-23) selepas membelasah Brunei 6-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
Kemenangan itu dilihat mampu meningkatkan moral pemain negara selepas kecundang 0-2 di tangan Filipina pada aksi pembukaan tempoh hari.
Pengendali skuad negara, Nafuzi Zain membuat lima pertukaran pada barisan kesebelasan utamanya dengan merehatkan Fergus Tierney, Aliff Izwan Yuslan, Muhammad Abu Khalil, Farish Danish dan Aiman Hakimi.
Skuad Harimau Muda tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas Muhammad Danish Syamer menanduk masuk bola hasil hantaran lintang Muhammad Aiman Yusuf pada minit ketiga.
Seminit kemudian kem negara sekali lagi melonjak kegembiraan selepas hantaran lintang Shafizan Arshan membias…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: