Site icon Kool FM

Malaysia Bangkit Ikat Pakistan 3-3 Dalam Aksi Mendebarkan

Hoki Piala Negara-Negara 2024/25: Malaysia Bangkit Ikat Pakistan 3-3 Dalam Aksi Mendebarkan


Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Pakistan 3-3 pada aksi pembukaan kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2024/25 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Aksi penuh dramatik itu menyaksikan skuad The Speedy Tigers mempamerkan semangat juang tinggi apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan berdepan lawan yang cukup garang pada suku pertama.

Ia jelas dibuktikan dengan dua gol dihasilkan skuad kendalian Tahir Zaman itu menerusi jaringan padang Ahmad Nadeem pada minit keenam dan dua minit kemudian oleh Abdul Rehan (pukulan sudut penalti).

Tersentak dengan dua jaringan pantas tersebut, pemain negara memperkemaskan aksi dalam usaha untuk merapatkan jurang gol.

Kebangkitan Malaysia

Malaysia mendapat dua peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan, tetapi penjaga gol Pakistan, Muneeb Ur-Rehman cemerlang dalam menafikan percubaan jarak dekat oleh Azrai Aizad Abu Kamal dan Akhimullah Anuar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version