Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Syria 2-2 pada Perlawanan Persahabatan Tier 1 yang berlangsung di Stadium East-Town Football Park Chengdu, China sebentar tadi.
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu terlebih dahulu menguji gawang Syria selepas Paulo Josue menerima hantaran lintang Faisal Halim seawal minit keempat.
Bagaimanapun, dadaan dilakukan pemain berusia 34 tahun itu kurang cermat lalu mudah buat penjaga gol lawan, Ahmad Madanieh menyelamatkan keadaan.
Jaringan pembukaan Syria hadir pada minit ke-12 selepas percubaan Mardek Mrdkian dari luar kawasan penalti susulan kesilapan pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dengan pantas berjaya membolosi gawang skuad negara.
Tersentak dengan gol tersebut, para pemain negara memperkemaskan aksi untuk mencipta beberapa peluang untuk mencipta jaringan penyamaan.
Namun, deretan percubaan yang dimiliki La’Vere Corbin-Ong, Faisal Halim dan Endrick…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: