Netizen Asean berterima kasih dengan peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam usaha gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa: “Alhamdulillah, dua negara sahabat ASEAN, Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui gencatan senjata mulai tengah malam ini.
“Inilah bukti nyata kekuatan diplomasi ASEAN yang berpaksikan muafakat, rundingan dan prinsip kemanusiaan. Malaysia bukan sekadar memimpin, tetapi turut memainkan peranan penting sebagai pemudah cara, tuan rumah dan saksi kepada kejayaan persefahaman bersejarah ini.
“Saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan serantau dan kuasa-kuasa besar yang turut menyokong usaha damai ini.
“ASEAN kekal bersatu dan berprinsip. Sama-sama kita doakan rantau ini kekal aman, stabil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: