Site icon Kool FM

Malaysia Belasah Laos Di Laman Sendiri

Malaysia


Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 selepas menewaskan Laos 5-1  pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad negara terus berada di tangga teratas kumpulan F dengan 12 mata hasil kemenangan bersih pada empat perlawanan.

Skrip yang sama berulang seperti aksi di Vientiane apabila anak buah Peter Cklamovski mendapatkan kesemua jaringan pada separuh masa kedua.

Lebih mengejutkan buat seketika apabila skuad negara tersentak pada minit ke-20 selepas usaha Shahrul Mohd Saad untuk menghalang percubaan Chanthavixay Khounthoumphone dari luar kawasan penalti tertampan ke dalam pintu gol sendiri.

Tersentak dengan jaringan tersebut, kem negara tampil dengan lebih baik untuk mengawal permainan dan mengasak kubu Laos tetapi penjaga gol muda, Kop Lokphathip kental menghalang gawangnya daripada dibolosi pada babak pertama.

Paling cemerlang apabila Lokphathip…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version