Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Malaysia Bergaya Ke Separuh Akhir Piala Dunia Futsal Orang Pekak B-21

today12 December 2022

Background
Piala Dunia Futsal Orang Pekak B-21


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Malaysia mempamerkan persembahan cemerlang untuk melayakkan diri ke separuh akhir saingan Piala Dunia Futsal Orang Pekak Bawah 21 Tahun (B-21) 2022 selepas mudah membelasah Thailand 8-2 pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam semalam.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan bergaya yang dicatatkan oleh anak buah Ali Che Ahmad itu menyaksikan skuad negara akan berhadapan dengan wakil daripada Eropah, Kazakhstan pada Rabu ini.

Malaysia yang mencatatkan dua kemenangan [bertemu Arab Saudi dan Azerbaijan] serta tewas kepada Iran di peringkat kumpulan nyata tidak mampu ditandingi oleh Thailand susulan aksi bertenaga ditampilkan para pemain.

Ia jelas dibuktikan apabila mereka mendahului 3-0 pada babak pertama dan kemudiannya menambah empat lagi jaringan sebelum Thailand membalas dengan dua gol pada lewat permainan.

Enggan melihat pasukan jiran tetangga itu terus memberikan tekanan, skuad negara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post